KUALA LUMPUR – Walaupun hubungan Malaysia-Korea Utara tegang berikutan kes pembunuhan Kim Jong-nam, namun Malaysia masih terbuka dalam perdagangan negara tersebut.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan tidak pernah mengadakan sekatan ke atas mana-mana syarikat yang mahu menjalankan perniagaan dengan Korea Selatan.
Menurut beliau, syarikat-syarikat swasta Malaysia bebas menjalankan perniagaan tetapi perlu membuat penilaian risiko-risiko.
“Jika syarikat-syarikat boleh menjana wang dengan menjalankan perniagaan bersama peniaga-peniaga di sana, mereka perlu akses kepada risiko,” katanya selepas mengumumkan prestasi pelaburan 2016 MIDA di sini.
Hubungan Malaysia-Korea Utara sebelum ini berjalan lancar, sebelum kes kematian Jong-nam, abang kepada pemimpin negara itu, Kim Jong-un di klia2 pada 13 Februari lalu.
Analisa awal polis mendapati Jong-nam dibunuh dengan agen saraf VX.
Hari ini, kerajaan mengumumkan semua warga Korea Utara yang ingin memasuki Malaysia dikenakan visa,
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, arahan itu berkuasa Isnin ini.
Katanya, keputusan yang akan diwartakan segera itu dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan negara sebagai keutamaan. – MalaysiaGazette