Home Dunia Suspek pertama pembunuhan wartawan ditangkap di Mexico

Suspek pertama pembunuhan wartawan ditangkap di Mexico

MEXICO CITY – Susulan pembunuhan seorang wartawan secara ngeri di selatan Chiapas semalam, polis berjaya memberkas seorang suspek dipercayai terlibat dalam inisiden berdarah itu.

Agensi melaporkan, wartawan tersebut, Mario Gomez yang popular dalam kalangan masyarakat tempatan merupakan mangsa ke-9 warga media dibunuh.

Suspek yang dikenali Juan David Martinez, juga dikenali sebagai El Machaca ditahan di resort Caribbean, Playa del Carmen di Quintana Roo dipercayai bersembunyi dari pihak berkuasa.

Bagaimananapun, penahanan Martinez ini merupakan yang kali pertama sejak pembunuhan berlaku sejak awal tahun dalam tempoh yang begitu singkat.

Pembunuhan wartawan terutamanya yang terlibat dengan penulisan berkaitan politik dan jenayah berkaitan kartel dadah menjadi mangsa kepada kekejaman di Mexico City turut mendapat kecaman antarabangsa.

Martinez dilaporkan seringkali membuat liputan tentang jenayah dan keganasan di kawasan El Heraldo di Chiapas.

Tidak lama selepas pembunuhan itu, pihak berkuasa memburu Martinez dan suspek kedua dikenali sebagai Oscar Leyver Acost dipercayai masih lagi bebas.

Gomez juga dalam salah satu artikelnya pernah membuat laporan dirinya menerima ugutan pada 2016 yang mana ada pihak berniat untuk meletupkan kepalanya.

Sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Reporters Without Borders (RWB) pernah mendakwa Mexico sebagai negara kedua paling bahaya untuk wartawan selepas Syria yang mana majoriti kes masih lagi kekal misteri. – MalaysiaGazette