Home Nasional Gangguan air 12 jam di Selangor

Gangguan air 12 jam di Selangor

Berdasarkan laporan jam 7 pagi tadi, bekalan air sudah kembali operasi.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 12 jam pada 9 Oktober ini berikutan kerja-kerja penggantian perkakasan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.

Kerja-kerja penambahbaikan ini akan menyebabkan henti tugas loji sepenuhnya.

Katanya, tempoh pemulihan bekalan air selepas pengoperasian semula loji akan berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung pada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan.

Menurut Syabas, sebanyak tujuh Pusat Khidmat Setempat (PKS) akan beroperasi 24 jam bermula 9 pagi pada 9 Oktober 2018 bagi sebarang pertanyaan pelanggan dan bantuan bekalan air
kecemasan.

Pengguna di kawasan berkenaan dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya sebelum 9 Oktober 2018. – MalaysiaGazette