KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad memindahkan 19 buah pesawatnya kepada BBAM Ltd Partnership pada harga AS$233.5 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AirAsia berkata, pemindahan itu mengikut perjanjian yang ditandatangani dengan Incline B Aviation Ltd Partnership dan FLY Leasing Ltd pada 27 dan 28 September lalu.
Pemindahan itu adalah sebahagian daripada pelan pelupusan bagi pesawat pajakan AirAsia yang kini diuruskan oleh Asia Aviation Capital Ltd (AACL).
Setakat ini, sejumlah 73 buah pesawat telah dipindahkan dan AirAsia telah menerima hasil sebanyak AS$ 936.6 juta.
Perjanjian itu membabitkan lebih dari 79 pesawat dan 14 enjin.
Terdapat baki 11 pesawat dan 14 enjin ganti yang akan dipindahkan, di bawah perjanjian untuk melupuskan 84 pesawat dan enjin dari AACL kepada BBAM dengan nilai AS$ 1.185 bilion seperti yang dicadangkan pada 1 Mac.
Perjanjian itu juga merangkumi lebih dari 79 pesawat, dan semua 14 enjin.
AirAsia yakin baki pemindahan akan selesai menjelang akhir Oktober. – MalaysiaGazette