KUALA LUMPUR – Suasana di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sesak hari ini dengan para pengamal media, pasukan keselamatan dan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Ini kerana buat pertama kalinya Najib dan Rosmah dihadapkan ke mahkamah pada hari yang sama.
Bekas perdana menteri itu bergerak dari kediamannya di Jalan Duta manakala Rosmah dibawa dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah ditahan pada pukul 3.30 petang semalam.
Rosmah tiba di Mahkamah Sesyen pukul 8.32 pagi berbaju kurung jingga.
Najib berada di Mahkamah Tinggi hari ini bagi pengurusan kes pecah amanah dan menyalahkan kedudukan sebagai perdana menteri.
Rosmah pula dijangka berdepan pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen. – MalaysiaGazette