TOKYO – Gempa bumi yang kuat melanda Jepun hari ini, menggegarkan kawasan yang sama di Pulau Hokkaido.
Pulau itu dilanda gempa kuat pada bulan lalu.
Gempa yang melanda pada 8.58 pagi dengan magnitud awal 5.3 dan diukur ‘lemah 5’ pada skala intensiti gempa bumi Jepun satu hingga tujuh.
Tiada bahaya tsunami dari gempa itu.
Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa itu diukur pada magnitud 5.2, berada dalam jarak 42 kilometer dan berpusat di pantai selatan Hokkaido.
Gempa 6.7 magnitud pada 6 September lalu melumpuhkan Hokkaido, sebuah pulau yang saiz sama dengan Austria, mengorbankan berpuluh-puluh mangsa, selain menyebabkan tanah runtuh dan menjejaskan bekalan elektrik kepada 5.3 juta penduduknya. – MalaysiaGazette