Home Politik Ada calon PRK langgar ikrar Bersih 2.0 – Saiful Bukhari

Ada calon PRK langgar ikrar Bersih 2.0 – Saiful Bukhari

PORT DICKSON – Calon bebas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Saiful Bukhari Azlan mendakwa, ada calon yang telah melanggar ikrar yang ditandatangani kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Saiful berkata, calon tersebut telah melanggari perkara tiga ikrar tersebut yang memperuntukkan mana-mana calon tidak boleh menggunakan sumber, kenderaan, kakitangan, program dan jentera kementerian untuk kerja-kerja pilihan raya.

Saiful tidak menyebut nama mana-mana individu namun dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak hadir dalam sidang media kelolaan Bersih 2.0.

“Ada calon yang telah menggunakan platform tentera dan berucap di kem tentera dan menggunakan kenderaan rasmi. Malah hujung minggu ini ada program Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dimana ada jualan murah bersama rakyat. Disitu pun ada calon.

“Masjid pun digunakan untuk berucap dan memberikan tazkirah. Disitu jelas menunjukkan bahawa terdapat salah guna,” katanya dalam sidang media selepas menandatangani Ikrar Sokong Pilihan Raya Bersih dan Adil.

Justeru beliau meminta agar Bersih 2.0 bertindak sebagai pemantau PRK Port Dickson kerana Anwar bebas untuk keluar masuk kem tentera dan berceramah di masjid semasa kempen di Port Dickson.

MGF05102018_SIDANG MEDIA BERSIH 2.0_10
Pemangku Pengerusi Bersih 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari (tengah) diiringi Ketua Eksekutif Bersih 2.0, Yap Swee Seng (tiga kiri) bergambar kenangan bersama calon-calon yang menandatangani ikrar sokong pilihan raya bersih dan adil bersempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Hotel D’Wharf, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 05 OKTOBER 2018

“Tiba masanya untuk Bersih melihat ikrar ini. Saya harap selepas ikrar ini ditandatangani, dia kena ikut dengan jelas. Jika dia melanggar ikrar ini apa hukumannya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Bersih 2.0 berkata tindakan yang dilakukan oleh calon Port Dickson tidak dapat diterima kerana boleh menjejaskan kredibiliti calon.

Ujar pemangku pengerusinya, Shahrul Aman Mohd Saari, tindakan itu nyata bertentangan dengan Akta Pilihan Raya malah pekeliling poster Bersih juga enggan menerima salah guna aset kerajaan.

“Bersih 2.0 tidak bersetuju dengan tindakan itu kerana ia terdapat dalam

“Benda itu jelas, kita harapan agensi kerajaan sertai pegawai ambik cakna mengenai isu ini dan elakkan daripada melibatkan calon dalam program yang boleh menampakkan layanan tidak adil kepada calon-calon lain,” tambah Shahrul.

Selain Saiful, seorang lagi calon bebas, Lau Seck Yan turut tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar Ibrahim.

Ujar beliau, Bersih 2.0 selaku agensi pemantau PRK Port Dickson perlu bertindak mengumpulkan maklumat dan mendedahkan perkara itu kepada media.

“Siapa yang didapati bersalah, sila jelasnya supaya media tahu. Inikan Bersih seharusnya ia bersih dan adil. Sila dedahkan siapa calon yang telah melanggar kerana kita masih ada seminggu lagi untuk berkempen. Kalau saya yang lakukan beritahu saya buat saya dapat perbaiki diri saya,” katanya. -MalaysiaGazette