Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau terkilan sekiranya diumumkan sebagai Ahli Parlimen kawasan itu sekiranya meraih majoriti 200 undi sahaja.
Katanya, beliau akan menjadi bahan ketawa oleh 221 ahli Parlimen di negara ini sekiranya gagal meraih undi majoriti yang tinggi.