Home Nasional Pergaduhan dengan PM terdahulu jadikan otak saya aktif bekerja – Dr Mahathir

Pergaduhan dengan PM terdahulu jadikan otak saya aktif bekerja – Dr Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali hadir pada Majlis Persidangan Sulung Hari Warga Emas Sedunia 2018 di Petrosains, Suria KLCC, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 06 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pergaduhannya dengan perdana menteri terdahulu antara faktor yang membuatkan otaknya aktif bekerja.

“Saya bergaduh besar dengan perdana menteri terdahulu. Jadi setiap masa otak saya aktif memikirkan cara dan kaedah untuk menukar kerajaan.

“Jadi apabila anda sentiasa berfikir, menggunakan otak anda, ini bermakna anda tidak akan menjadi pelupa, seperti yang anda dapat lihat pada orang tua,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian pada “Persidangan Penuaan, Pembelajaran dan Teknologi: Meningkatkan Kehidupan, Menghubungkan Komuniti” di sini, hari ini yang turut dihadiri isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Presiden Persatuan Third Age Media Cheah Tuck Wing.

Beliau menjelaskan kemunculannya kembali dalam politik selepas bersara didorong oleh kehendak rakyat untuk menukar kerajaan dan pentadbiran sebelum ini bagi mendapatkan kehidupan lebih baik.

–BERNAMA