Home Ekonomi Nestle labur RM100 juta untuk kilang MILO terbesar dunia di Chembong

Nestle labur RM100 juta untuk kilang MILO terbesar dunia di Chembong

Nestlé (Malaysia) Bhd akan melabur lebih RM100 juta untuk mengembangkan kilang MILOnya di Chembong, Negeri Sembilan, seterusnya menjadikan kilang itu sebagai pusat kecemerlangan pembuatan MILO terbesar di dunia.
Nestlé (Malaysia) Bhd akan melabur lebih RM100 juta untuk mengembangkan kilang MILOnya di Chembong, Negeri Sembilan, seterusnya menjadikan kilang itu sebagai pusat kecemerlangan pembuatan MILO terbesar di dunia.

KUALA LUMPUR – Nestlé (Malaysia) Bhd akan melabur lebih RM100 juta untuk mengembangkan kilang MILOnya di Chembong, Negeri Sembilan, seterusnya menjadikan kilang itu sebagai pusat kecemerlangan pembuatan MILO terbesar di dunia.

Dalam satu kenyataan, Nestlé Malaysia berkata itu, ia akan memindahkan semua operasi perkilangan MILO sedia ada dari kilang di Petaling Jaya bagi menyatukan dan mengembangkan pengeluaran MILO di kilang Chembong.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Alois Hofbauer berkata kilang MILO di Chembong merupakan bahagian penting dalam perniagaan syarikat, membekalkan MILO dalam negeri dan dieksport ke lebih 20 negara.

“Menerusi pertumpuan operasi MILO kami dan pelaburan melebihi RM100 juta ke kilang Chembong, kami akan dapat meningkatkan lagi kemudahan pengeluaran, meningkatkan kecekapan operasi dan meningkatkan kapasiti kilang.

“Ini akan membantu kami untuk memenuhi permintaan tempatan dan eksport yang semakin meningkat,” katanya.

Lactalis, peneraju global dalam perniagaan tenusu dengan operasi di lebih 100 negara, akan memperoleh dan mengambil alih operasi kilang PJ serta perniagaan Dairy Chilled terkemuka di pasaran Nestlé pada harga RM155.3 juta.

Hofbauer berkata syarikat itu tetap positif terhadap pasaran Malaysia dan berharap dapat membuka lebih banyak peluang pertumbuhan pada masa depan.

“Kami menyaksikan potensi besar bahawa pelaburan ini akan membolehkan kami mengukuhkan fokus terhadap perniagaan teras yang strategik yang dapat memberikan pertumbuhan jangka panjang yang baik dan sejajar dengan keperluan pengguna yang berkembang.

“Pada masa yang sama, inisiatif ini akan membuka jalan bagi perniagaan Dairy Chilled dan kilang PJ untuk berkembang di bawah kepimpinan baharu Lactalis,” katanya.

— BERNAMA