Home Seni Hidup Henti perkataan palsu, Datuk Seri Vida ajak Aisyah bertemu

Henti perkataan palsu, Datuk Seri Vida ajak Aisyah bertemu

Datuk Seri Vida
Datuk Seri Vida

PETALING JAYA – Setelah berlarutan hampir sebulan episod berbalas-balas kenyataan, Datuk Seri Vida hari ini akhirnya mengajak penyanyi Aisyah atau nama sebenar Wan Aisyah Wan Ariffin menamatkan persengkataan mereka berdua.

Vida atau Hasmiza Othman, 46,  mengajak juara Gegar Vaganza (GV) Musim Ke-4 itu bersemuka agar dapat menyelesaikan isu berlian yang dikatakan palsu.

“Kalau nak apa pun bersemuka. Jumpa saya. Kita berjumpa saya jumpa awak atau awak jumpa saya. Penterjemahan awak lain penterjemahan saya lain,” katanya dalam sidang media khas bagi menjelaskan tuduhan barang kemas palsu yang dihadiahkan kepada Aisyah sebagai juara GV.

Kata Vida, Aisyah sering kali gagal dihubungi oleh pihaknya sebelum ini untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang baik.

Vida juga bersedia untuk membuat permohonan maaf sekiranya Aisyah memenuhi beberapa tuntutan yang dibuatnya menerusi peguam yang mewakilinya iaitu Zailan Mohamed.

Jelas Zailan, Aisyah dimohon tidak menggunakan perkataan ‘palsu’ dan memadamkan semua kenyataannya yang dibuat di laman sosial.

“Pertama, penggunaan perkataan berlian palsu. Kedua pertemuan bersemuka dan ketiga anak guam tuan (Aisyah) hendaklah padamkan kenyataan di media masa berkaitan isu tersebut,” kata peguam Vida.

Terdahulu peguam Vida memaklumkan surat balasan telah dihantar hari ini.

Mengulas lanjut, Vida berkata susulan isu dakwaan Aisyah bahawa berlian yang diterimanya paksu, perniagaannya merundum sehingga 70 peratus.

Beliau juga kini sering dilabel memalsukan apa juga dilakukannya termasuklah produk keluarannya.

“Daripada kejadian saya kerugian perniagaan saya hampir 70 peratus kedai emas saya rugi termasuk produk saya pun terjejas. Saya buat apa pun dilabel saya buat palsu,” ujarnya.

Mengulas lanjut, usahawan itu turut memaklumkan tiada perjanjian untuk memberikan barang kemas kepada Aisyah dengan jumlah RM80,000 sebaliknya ia adalah atas kesudian penaja GV itu.-MalaysiaGazette