KUALA LUMPUR – Berita fenomena kerang di Pulau Ketam yang mencetuskan kebimbangan penduduk setempat turut mendapat perhatian Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).
Dalam penjelasan kepada MalaysiaGazette hari ini, DOF memberitahu, pihaknya mendapati ribuan kerang yang muncul itu adalah sejenis spesis asing dikenali sebagai kupang coklat atau siput rantai.
Menurut DOF, fenomena tersebut jarang berlaku menjelang air pasang besar.
Menjelaskan lebih lanjut, DOF memberitahu, walaupun ribuan kerang itu muncul di pantai namun ia tiada nilai komersil.
Fenomena kerang wujudkan kebimbangan di Pulau Ketam
Bukan itu sahaja, kupang-kupang coklat itu perlu dibersihkan bagi mengelak spesis itu menutupi jaring sangkar sekali gus menjejaskan ternakan ikan sangkar.
Jangan risau fenomena kerang di Pulau Ketam – Bomba
Semalam Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang Samsol Maarif Saibani menjelaskan fenomena seumpama adalah perkara biasa setiap kali menjelang kejadian air pasang besar disebabkan kawasan tersebut merupakan pusat penternakan kerang.
Portal ini memetik laporan akhbar berbahasa Cina yang menyuarakan kebimbangan penduduk setempat mengenai kemuncul ribuan kerang yang dikaitkan dengan petanda bencana alam. – MalaysiaGazette