Home Nasional Keracunan karbon monoksida punca kematian dua lelaki di Kinabatangan

Keracunan karbon monoksida punca kematian dua lelaki di Kinabatangan

eracunan terhidu karbon monoksida menjadi punca kematian dua lelaki yang ditemukan tidak bernyawa di dalam sebuah kereta yang enjin masih hidup di Kampung Jaya Baru dekat sini, semalam, menurut polis.
eracunan terhidu karbon monoksida menjadi punca kematian dua lelaki yang ditemukan tidak bernyawa di dalam sebuah kereta yang enjin masih hidup di Kampung Jaya Baru dekat sini, semalam, menurut polis.

KINABATANGAN — Keracunan terhidu karbon monoksida menjadi punca kematian dua lelaki yang ditemukan tidak bernyawa di dalam sebuah kereta yang enjin masih hidup di Kampung Jaya Baru dekat sini, semalam, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A.Sahak Rahmat berkata punca kematian kerja-dua lelaki itu diperolehi menerusi bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kinabatangan hari ini.

Dua pemuda ditemukan mati dalam kereta enjin masih hidup

“Punca kematian adalah akibat keracunan karbon monoksida dari pelepasan asap kenderaan dan juga gas pendingin hawa kenderaan”, katanya hari ini.

Semalam, mayat Mohd Fitri Haimin, pemandu dan penumpangnya Mohd Helmey Zan Muhammad, kedua-duanya berusia 19 tahun ditemukan oleh orang awam dalam sebuah kereta di tepi jalan di Km80, Jalan Kinabatangan-Lahad Datu.

— BERNAMA