Home Seni Hidup Luna Maya tak sunyi walau sendiri

Luna Maya tak sunyi walau sendiri

KUALA LUMPUR – Luna Maya, pelakon Indonesia yang suatu ketika dulu pernah dihimpit kontreversi, sehingga kini masih hidup sendiri tanpa teman istimewa.

Namun, kata Luna, 35, beliau sekalipun tidak kesunyian.

“Saya tak pernah berasa sunyi biarpun tidak mempunyai teman lelaki. Buat masa ini pun saya tidak terfikir lagi untuk cari pengganti.

“Saya sentiasa sibukkan diri dengan kerja dan melancong. Saya okay sahaja hidup solo,” katanya.

Luna yang pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang usahawan dikenali sebagai Reino Barack berkata, beliau kini lebih fokus terhadap karier lakonannya berbanding pasangan hidup.

Luna berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan media filem Sabrina yang berlangsung di GSC One Utama, Damansara baru-baru ini.

Selain Luna, filem seram itu turut dibintangi Christian Sugiono dan Sara Wijayanto.

Sabrina akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 18 Oktober ini.

Pelakon kacukan Indonesia-Australia ini juga pernah dikaitkan bercinta dengan vokalis Noah, Ariel.-MalaysiaGazette