“Apabila tersingkir, kami rasa sedikit ‘frust’ kerana sudah pastinya peminat kami kecewa.
Kami sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi tiada rezeki untuk kami terus melangkah ke minggu seterusnya.
“GV5 membuatkan kami bertambah sibuk dan jadual kami amat padat. Semangat peminat yang datang setiap minggu dan memberikan sokongan menerusi laman sosial, kami kuatkan tekad.
Minggu ketiga GV5, Elite menyampaikan lagu Ku Bahagia nyanyian asal Melly Goeslaw dan tersingkir di akhir program kerana mendapat markah paling rendah.
Kumpulan Elite yang dianggotai oleh Azza, Linda Rafar dan Sasha Saidin mengakui terkilan kerana tidak dapat meneruskan perjuangan di Gegar Vaganza musim kelima (GV5).