Home Nasional 13 Exco terima watikah M3PK

13 Exco terima watikah M3PK

Saifuddin Nasution
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bersalaman bersama penerima watikah pelantikan ada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan (M3PK) di Bilik Taklimat Aras 2, Bangunan Utama Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Seramai 13 Exco dari setiap kerajaan negeri menerima pelantikan watikah sebagai Ahli Majlis Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan (M3PK).

Penerima watikah merupakah ahli Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri (M3PN) di peringkat negeri.

Penyampaian watikah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu, Saifuddin berharap agar pelantikan itu dapat meningkatkan dan mengembangkan perniagaan penjaja dan peniaga kecil di negara ini.

Ia juga diharap dapat menjadikannya forum rasmi untuk menyalurkan input dalam merancang kementerian, strategi dan program yang akan memanfaatkan golongan penjaja dan peniaga kecil, katanya.

“Meningkatkan produktiviti dan kuaiti dalam produk PKS (peniaga kecil sederhana).

“Masyarakat tanpa tunai dalam transaksi jualan barangan dan perkhidmatan.

“Persediaan menghadapi Revolusi Perindustrian keempat (industri 4.0) dan keprihatian kerajaan untuk menangani beban kos sara hidup,” tambah beliau.

Dalam pada itu Saifuddin turut berharap exco yang dilantik akan memainkan peranan kepada pembangunan dan kemajuan penjaja dan peniaga kecil di negara ini.

“Melalui komitmen semua pihak, hasrat kementerian untuk melihat sektor penjaja dan peniaga kecil di Malaysia berkembang ke peringkat yang lebih tinggi dapat direalisasikan,” ujarnya. – MalaysiaGazette