Home Ekonomi Lagerde batal lawatan ke Riyadh

Lagerde batal lawatan ke Riyadh

Christine Lagarde

WASHINGTON – Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde menangguhkan lawatan ke Timur Tengah, termasuk di Riyadh untuk menghadiri persidangan pelaburan.

“Pengarah Urusan yang sepatutnya dijadualkan ke Timur Tengah telah menangguhkan perjalanannya,” kata IMF dalam kenyataannya tanpa memberi alasan.

Sabtu lalu, dalam sidang media di Indonesia, Lagarde memberitahu beliau tidak berniat mengubah rancangan perjalanannya tetapi “terkejut” oleh laporan media mengenai kehilangan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi selepas memasuki bangunan konsulat di Istanbul. – MalaysiaGazette