Home Nasional Penduduk gadai nyawa setiap hari

Penduduk gadai nyawa setiap hari

Penduduk, Rozie Abdullah menunjukkan keadaan paip yang rosak semasa tinjauan Malaysia Gazette di Flat Desa Tasik Fasa 1A, Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 OKTOBER 2018
Penduduk, Rozie Abdullah menunjukkan keadaan paip yang rosak semasa tinjauan Malaysia Gazette di Flat Desa Tasik Fasa 1A, Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Penduduk apartmen Desa Tasik Fasa 1A, Sungai Besi di sini diancam bahaya setiap hari ekoran masalah tidak pernah ada penyenggaraan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di kawasan berkenaan.

Mereka bukan sahaja berdepan dengan masalah kerosakan lif, tanah mendap di kawasan letak kereta, kerosakan paip perumahan dan juga tempat pembuangan sampah yang tidak teratur.

Mereka mendakwa DBKL tidak menyenggara kawasan flat berhampiran Kem Sungai Besi itu sejak 25 tahun lalu dan pihak berkuasa tempatan itu dikatakan enggan berbuat demikian kerana penduduk mempunyai hutang tertunggak.

MGF17102018_FLAT DESA TASIK_10
Penduduk, Subramaniam Gengatharam menunjukkan siling rumahnya yang rosak semasa tinjauan Malaysia Gazette di Flat Desa Tasik Fasa 1A, Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 OKTOBER 2018

Salah seorang penduduk, Saharudin Mohamad, 46, memberitahu, selain terdedah kepada bahaya tanah mendap mereka juga diancam masalah demam denggi.

MGF17102018_FLAT DESA TASIK_14
Temubual bersama penduduk, Saharudin Mohamad semasa tinjauan Malaysia Gazette di Flat Desa Tasik Fasa 1A, Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 OKTOBER 2018

“Kami penduduk terpaksa menghadapinya dengan pelbagai tekanan selain masalah keselamatan dan kebersihan.

“Walaupun aduan telah dibuat beberapa kali kepada pihak DBKL namun masih tiada tindakan diambil,” katanya kepada Malaysia Gazette semalam.

MGF17102018_FLAT DESA TASIK_17
Penduduk, Tan Ban Seng menunjukkan keadaan lif yang kecil dan usang semasa tinjauan Malaysia Gazette di Flat Desa Tasik Fasa 1A, Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 OKTOBER 2018

Bagi seorang lagi penduduk, A. Ellammah, 53, beberapa kes lif tersangkut dan bumbung bocor juga mengancam keselamatan mereka.

MGF17102018_FLAT DESA TASIK_15
Temubual bersama penduduk, Ellammah Arikarishnan semasa tinjauan Malaysia Gazette di Flat Desa Tasik Fasa 1A, Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 OKTOBER 2018

“Selain itu, kami tepaksa mengambil inisiatif untuk mengubahsuai sendiri kawasan binaan yang rosak dengan bahan-bahan binaan agar demi keselamatan penduduk terutama kanak-kanak dan orang tua.

“Sebagai penduduk, saya rasa tidak selamat. DBKL tolonglah ambil tindakan segera,” katanya.- MalaysiaGazette