JAKARTA – Persaingan bagi pemilihan jawatan Gabenor Jakarta akan diputuskan pada 4 Mei, selepas penyandangnya Basuki Tjahaja Purnama gagal untuk mendapat keputusan 50 peratus.
Purnama, yang sedang dalam perbicaraan kerana menghina al-Quran, mendahului undi pusingan pertama dengan 43 peratus dan berhadapan dengan Anies Baswedan yang memperolah 40 peratus undi.
Purnama atau lebih dikenali sebagai Ah-Hok adalah dari kaum Cina yang menjadi gabenor pertama bukan Islam di Jakarta sejak separuh abad lalu.
Beliau dijangka berhadapan dengan Baswedan pada 19 April ini. – MalaysiaGazette