Home Dunia Wanita Air India kuasai penerbangan Delh-San Francisco

Wanita Air India kuasai penerbangan Delh-San Francisco

Anak-anak kapal Air India bersama Kapten Kshamata Bajpayee (duduk dua dari kiri).

NEW DELHI – Syarikat penerbangan Air India telah terbang dari ibu negara India ke San Fancisco dengan pekerjanya yang terdiri daripada kesemuanya wanita.

Dari juruterbang wanita dan anak-anak kapal, kakaitangan darat termasuk pekerja yang mengendalikan bagasi. kawalan udara dan jurutera – semuanya wanita.

Penerbangan yang dikuasai oleh ‘wanita’ itu menggunakan pesawat Boeing 777-200LR sejauh 15,300 kilometer.

“Penerbangan ini merupakan satu galakkan berterusan kepada kaum wanita,” kata Air India.

Kapten Kshamata Bajpayee berkata: “Penerbangan ini adalah simbol penguasaan wanita dan mahu kaum wanita keluar dari zon selesa serta berada dalam arena yang dikuasai lelaki”.

Air India berkata, ia akan memohon untuk memasukkan rekod itu dalam Guinness Book of World Record, sekali gus meraikan Hari Wanita pada 8 Mac ini. – MalaysiaGazette