KUALA LUMPUR – Hampir 1,000 orang berkumpul secara aman di hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberi solidariti kepada Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akan didakwa pagi ini.
Para penyokong yang membawa sepanduk dan memberi laungan telah diminta menurunkan sepanduk dan pembesar suara oleh
Perkarangan dipenuhi dengan orang ramai yang berbaju merah seawal 7.30 pagi tadi untuk menanti Ahmad Zahid yang dibawa dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ditahan petang semalam.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang berucap di hadapan para penyokong mendakwa Ahmad Zahid dan Datuk Seri Najib Razak sengaja didakwa dengan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).
“Najib dituduh mengambil wang RM2.6 bilion tetapi kenapa dia didakwa di bawah AMLA, bukan Kanun Acara Jenayah.
“Kenapa bukan Kanun Acara Jenayah, sebab takda bukti. Mereka cari akta yang tak perlu bukti untuk tuduh Najib dan Zahid di mahkamah.
“Keterangan Nik Faisal tidak diambil dalam isu SRC International tapi Najib didakwa.
“Ini menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan amalkan ‘Law of Jungle’, dakwanya di hadapan penyokongnya di sini
Tambah beliau lagi, tindakan yang dilakukan ke atas Najib dan Ahmad Zahid bertujuan melemahkan UMNO.
Ini kerana, dakwa Lokman, Tun Dr Mahathir Mohamad masih khuatir dengan pengaruh kuat parti tersebut dalam kalangan orang Melayu.
Selain itu, beliau mendakwa, beberapa pemimpin UMNO turut diugut supaya meninggalkan parti itu termasuk Datuk Seri Mustapa Mohamed jika tidak mahu didakwa seperti mana yang berlaku terhadap Najib dan Ahmad Zahid.
Dakwanya, ia merupakan percubaan untuk menggagalkan usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
“Beliau tidak mahu jika UMNO dan Pas bergabung, masih tidak cukup untuk menjadi sebuah kerajaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette