Home Nasional UMT, MSU, UniKL ungguli Pitch for Progress

UMT, MSU, UniKL ungguli Pitch for Progress

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh (dua kiri) beramah mesra dengan pemenang-pemenang Pitch for Progress selepas penyampaian hadiah di Unversiti Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto ADIB AIMAN ROSLI, 05 MAC 2017

KUALA LUMPUR – Tiga pengajian tinggi muncul sebagai pemenang utama pertandingan Picth for Progress (PfP) yang julung-julung kali diadakan di sini hari ini.

Dengan kemenangan itu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Management & Science University (MSU) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM6,000.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang selain bertindak menjadi juri pertandingan itu.

PfP merupakan anjuran Organisation for National Empowerment (ONE) dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan disokong oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Ia adalah satu pertandingan yang memerlukan mahasiswa memperkenalkan idea-idea kreatif bagaimana untuk memperbaiki persepsi pendidikan tinggi di Malaysia.

Idea yang dibentangkan boleh dalam bentuk kempen media sosial, projek pendek video atau apa-apa sahaja minda kreatif.

PfP yang pertama kali diadakan itu bermula 3 Mac lalu selama tiga menyaksikan sebanyak 27 universiti awam dan swasta yang mengambil bahagian.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh bercakap semasa majlis penutupan Pitch for Progress di Unversiti Kuala Lumpur , Kuala Lumpur. foto ADIB AIMAN ROSLI, 05 MAC 2017

 

Sementara itu, Idris yang ditemui selepas pertandingan berakhir berkata, mahasiswa kini memainkan peranan penting dalam berkongsi kisah-kisah kejayaan sektor pendidikan tinggi kami dengan orang ramai.

“Meningkatkan persepsi pendidikan tinggi dan menyebarkan fakta hak dan cerita kejayaan adalah sebahagian daripada pembinaan negara.

“Beberapa tahun yang lalu telah menyaksikan universiti kita meningkat dalam ranking, penyelidik juga diiktiraf di peringkat antarabangsa dan antara yang paling berpengaruh di dunia selain mahasiswa kita telah memenangi pelbagai pertandingan di seluruh dunia.

“Sistem pengajian tinggi kita semakin meningkat, dan program hari ini adalah mengenai menggali dan berkongsi idea-idea mereka,” katanya.

Idris menambah PfP akan diadakan secara tahun pada masa akan datang dan pihaknya bercadang untuk melibatkan penyertaaan bersama di kalangan syarikat-syarikat korporat dan swasta. – MalaysiaGazette