PUTRAJAYA – Kerajaan mahu memastikan hanya golongan B40 sahaja yang boleh menikmati petrol dengan harga lebih rendah jenis RON 95.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia belum boleh dilaksanakan kerana masih dalam perbincangan.
Jelas beliau, ini kerana kerajaan masih mencari strategi berkesan untuk menjayakannya dan memastikan ianya akan dinikmati oleh hanya golongan sasaran sahaja.
“Impian Pakatan Harapan dalam manifesto kami hendak melaksanakan subsidi bersasar maksudnya subsidi minyak petrol. Sebulan rakyat Malaysia kurang lebih 1.2 bilion liter. Hanya 10 peratus sahaja yang guna RON 97.
“Menjadi hasrat kami melaksanakan subsidi bersasar, kalau bawa Mercedes (kereta mewah) tidak lagi merasa RM2.20 kita akan bagi B4” dan rakyat kecil-kecil (kurang berkemampuan),” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan bersama-sama NGO Kepenggunaan Tahun 2018 hari ini.
Saifuddin kemudiannya menambah, perbincangan mempertimbangkan yang difikuskan adalab kesannya kepada kedudukan kewangan negara.
Selain itu, tambah beliau, mekanisme pelaksanaannya juga masih belum diputuskan lagi.
“Idea itu asalnya kekal dalam buku manifesto kita nak bawa keluar idea itu kepada perbincangan saya dan Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) dan kami seterusnya akan membuat perbincangan dengan pegawai kami harap kami boleh merangka mekanisme pelaksanaannya setelah kami meninjau beberapa aspek yang sangat penting, iaitu implikasi kewangan.
“Yang namanya subsidi membabitkan implikasi kewangan. Kumpulan sasaran yang wajar-wajarnya dapat kalau mereka layak dapat ia berasaskan apa paras pendapatan, atau jenis kenderaan kalau satu keluarga ada dua tuga kereta berapa yang layak.
“Perlu ada perbincangan dengan pengusaha minyak sebab ia membabitkan mereka adakah sistem sedia ada mencukupi kalau stesen mini di luar bandar pula adakah mampu gunapakai sistem itu,” ujarnya kepada pemberita.
Bagaimanapun Saifuddin terbuka jika salah satu daripada manifesto PH itu menjadi perdebatan rakyat untuk dijadikan sebagai input kepada kerajaan sebelum membuat keputusan.- MalaysiaGazette