SEOUL – Tokyo menyatakan protes keras terhadap Korea Utara selepas empat peluru berpandu balistik yang dilancarkan, tiga daripadanya jatuh di Zon Ekonomi Eksklusif Jepun.

Bantahan itu dibuat oleh Perdana Menterinya, Shinzo Abe.

“Pelancaran terbaru peluru berpandu balistik itu jelas menunjukkan bukti ancaman baru dari Korea Utara,” Abe kepada pemberita di kediamannya.

Peluru berpandu telah dilancarkan dari kawasan Tongchang-ri, lokasi pangkalan peluru berpandu, yang didakwa tentera Korea Selatan sebagai tindakan balas latihan ketenteraan Amerika Syarikat dan Korea Selatan yang bermula pada minggu lepas.

Korea Utara telah mengkritik latihan tahunan itu dengan mengarah persediaan untuk berperang bagi melawan. – MalaysiaGazette