Home Ekonomi Harga minyak jatuh

Harga minyak jatuh

Gambar hiasan. foto Getty Images

TOKYO- Harga minyak menyusut pada Jumaat sekaligus mencatatkan kerugian mingguan buat kali ketiga selepas gabenor OPEC Arab Saudi berkata pasaran menghampiri lebihan bekalan.

Kontrak hadapan minyak mentah Brent jatuh 45 sen atau 0.6 peratus pada AS$76.44 setong pada 0140 GMT.

Penanda aras global itu menghampiri kerugian mingguan sebanyak 4.2 peratus.

Minyak mentah AS jatuh 56 sen atau 0.8 peratus pada AS$66.77 setong, penanda aras AS itu menghampiri kerugian sebanyak 3.4 peratus minggu ini.

Gabenor OPEC Arab Saudi pada Khamis berkata, pasaran minyak mungkin berhadapan dengan lebihan bekalan pada suku keempat.

“Pasaran pada suku keempat mungkin berhadapan dengan situasi lebihan bekalan akibat peningkatkan inventori sejak beberapa minggu lepas.” kata Adeeb Al-Aama kepada Reuters.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid Al-Falih berkata, mungkin ada keperluan untuk melakukan intervensi bagi mengurangkan stok minyak selepas berlaku peningkatan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Kejatuhan pasaran saham memberi kesan kepada harga minyak apabila Wall Street mencatatkan kerugian harian paling buruk sejak 2011.

Pasaran kewangan terkesan akibat pelbagai isu termasuk perang perdagangan AS-China, kejatuhan pasaran matawang negara-negara pesat membangun, peningkatan kos pinjaman dan hasil bon serta kebimbangan ekonomi di Itali.-Agensi