Amanah Raya Bhd menjual AmanahRaya REITs dan AmanahRaya REITs Manager pada harga RM91 juta kepada KDA Capital Malaysia Sdn. Bhd.
KDA Capital adalah anak syarikat hartanah bebas terbesar di Jepun.
Dalam transaksi itu, Kenedix mengambil alih 85, 982, 979 unit dalam AmanahRaya (ARREIT) mewakili 15 peratus jumlah unit dalam edaran dengan agregat RM85,982,979.
Syarikat itu juga membeli 735,000 saham biasa AmanahRaya REIT Managers Sdn Bhd (ARRM) yang mewakili 49 peratus kepentingan bagi RM5,145,000 pada harga RM7 sesaham.
Pengarah Urusan Amanah Raya Berhad, Adenan Md Yusof berkata, firma itu masih mengekalkan penguasaan kepentingan 51peratus dalam ARRM.
Menurut beliau, kerjasama itu membuka peluang meluaskan pengetahuan dan kepakaran dalam pengurusan aset inisiatif, pembangunan hartanah dan pengurusan aset.- MalaysiaGazette