Home Nasional Polis temui mayat di PD

Polis temui mayat di PD

LOGO-POLIS-1

PORT DICKSON – Polis menemui satu mayat di sebuah tapak bangunan terbengkalai di Jalan Pantai, Telok Kemang di sini, selepas menerima laporan awam.

Ketua Polis Daerah, Supt Aidi Sham Mohamed berkata, pemeriksaan ke atas mayat berkenaan tidak menemui sebarang pengenalan diri.

“Pemeriksaan lanjut tidak menjumpai apa-apa perkara yang mencurigakan. Berdasarkan keadaan, simati berkemungkinan telah meninggal dunia lebih daripada tiga bulan. Walau bagaimana pun, siasatan lanjut akan diteruskan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini. – Bernama

7078d65c9b8836a746a492b5cc5c378c?s=150&d=mp&r=g
+ posts