TBILISI – White House menjemput Presiden Rusia, Vladamir Putin ke Washington, kata Penasihat Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), John Bolton.
Putin dan Presiden AS, Donald Trump telah beberapa kali bertemu di luar pelbagai perjumpaan dunia tetapi hanya sekali sahaja bertemu dalam sidang kemuncak dua hala di Finland pada Julai.
“Kami telah menjemput Presiden Putin ke Washington,” kata Bolton namun masih belum diketahui sama ada Presiden Rusia itu menerima jemputan tersebut atau tidak.
Selepas pertemuan di Helsinki, Trump dituduh oleh pembangkang malah beberapa ahli partinya sendiri sebagai gagal untuk menyokong pemimpin Rusia itu.
Topik mengenai lawatan Putin ke AS mendapat perhatian besar kerana sebelum ini badan perisikan AS mendakwa Rusia telah mencampuri urusan pilihanraya Presiden pada 2016 dengan membantu Trump untuk menang.
Rusia bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
Menurut Trump, AS berminat untuk mengadakan kerjasama kukuh dengan Putin. – Agensi