HULU LANGAT – Selepas berlaku kekecohan di pintu masuk Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Baru Semenyih pada sebelah pagi namun pemilihan PKR cabang itu berjalan lancar pada sebelah petang.
Situasi nyata berbeza dengan situasi pagi tadi di mana berlaku tolak menolak dalam kalangan pengundi dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas.
Pada sebelah petang, keadaan tenang dan pengundi dapat memasuki dewan pengundian dengan selesa dan tanpa halangan.
Rata-rata pengundi yang memasuki dewan hanya mengambil masa 10 minit untuk berada di dalam dewan dan mengundi.
Malah anggota RELA yang menjaga pintu masuk dewan juga lebih terbuka untuk membenarkan lebih ramai pengundi masuk.
Difahamkan, sejumlah 11,858 ahli PKR di sini layak mengundi.
Cabang Hulu Langat merupakan satu daripada enam cabang yang membuat pengundian hari ini.
Lima cabang lagi adalah Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam yang mempunyai secara keseluruhan mempunyai lebih 61,000 ahli. – MalaysiaGazette
Mana boleh macam ini, penat kami tunggu