JAKARTA – Pesawat Lion Air yang terhempas di laut sejurus berlepas dari Jakarta mengalami masalah teknikal pada penerbangan sebelumnya namun ia dapat diatasi menurut prosedur yang ditetapkan, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu.
“Sebelum ini, pesawat tersebut terbang dari Denpasar ke Cengkareng (Jakarta). Terdapat laporan isu teknikal yang mana telah diselesaikan menurut prosedur,” kata Edward Sirait kepada pemberita, namun tidak menyatakan secara terperinci mengenai masalah teknikal itu.
Beliau menambah, Lion Air beroperasi dengan 11 model pesawat yang sama, B777 Max 8, dan pesawat terbabit tidak menghadapi masalah teknikal yang sama, lapor Reuters.
Sirait berkata, pihaknya tidak bercadang untuk menggantung operasi membabitkan pesawat B777 Max 8. – Agensi