KUALA LUMPUR – Pelakon Mia Ahmad dan suaminya Izham Tarmizi sebulan yang lalu baharu sahaja menimang cahaya mata pertama.
Namun baru-baru ini Mia menimbulkan teka-teki dalam kalangan peminatnya apabila memadam semua gambar suaminya di Instagramnya.
Malah pelakon wanita itu turut memuat naik gambar dengan kata-kata yang berunsurkan kekecewaan.
“Allah menghantar seseorang dalam hidup ini bersebab dan menyingkirkannya untuk alasan lebih baik,” tulisnya.
Bagaimanapun, Mia telah menutup ruangan komen terhadap status tersebut.
Instagram suaminya pula yang merupakan penjaga gol JDT pula, masih memaparkan gambar-gambar bersama Mia.
Namun Izham dipetik sebagai berkata, terdapat cubaan untuk menuduhnya curang kepada Mia oleh sepasang pasangan kekasih.
Namun penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu tegas menepis dakwaan kononnya dia berlaku curang dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai berniat jahat.
“Ingin saya tegaskan saya tidak mengenali wanita dimaksudkan mahupun teman lelakinya malah saya tidak tahu apa motif mereka menuduh saya curang dibelakang Mia.
“Apa yang saya nampak motif mereka mahu memporak-perandakan rumah tangga kami dan saya jadi sasaran mungkin kerana orang kenal kami,” katanya kepada Mstar Online. -MalaysiaGazette