Home Nasional Netizen tanya SPRM: Ini portal isytihar harta atau pendapatan?

Netizen tanya SPRM: Ini portal isytihar harta atau pendapatan?

Portal perisytiharan harya wakil rakyat kerajaan Pakatan Harapan yang digerakkan oleh SPRM.

KUALA LUMPUR – Sebaik sahaja portal https://mydeclaration.sprm.gov.my beroperasi, para netizen mula memberi perhatian melihat senarai wakil rakyat daripada kerajaan Pakatan Harapan mengisytiharkan harta masing-masing.

Tentunya ramai yang teruja disebabkan nama laman web itu adalah Portal Perisytiharan Harta.

Bagaimanapun orang ramai yang melayari portal tersebut mendapati ia hanya menyenaraikan perisytiharan pendapatan wakil rakyat yang mana menyaksikan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempoleh pendapatan tertinggi iaitu RM86,464.92.

Tiada pula perisytiharan harta disenaraikan di situ.

Ada kalangan netizen yang tidak senang dengan perkembangan tersebut membuat ulasan di laman Twitter sambil menyifatkan nama portal tersebut sebagai gempak tetapi tidak menggambarkan apa yang sepatutnya.

sprm
Ulasan para netizen mengenai Portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Seorang lagi netizen pula mencadangkan kepada SPRM supaya memperincikan jumlah pendapatan tersebut kerana ia tentunya bukan gaji semata-mata.

sprm2

Ada juga yang berpandangan, jika sekadar meletakkan jumlah pendapatan bulanan, SPRM tidak perlu mengambil masa yang panjang sehingga terpaksa menangguhkan perisytiharan tersebut kerana data-data boleh diperoleh dari LHDN dengan mudah.

sprm3

sprm4

Mungkin ini adalah maklumat awal yang dipaparkan oleh SPRM, siapa tahu selepas ini akan ada pula senarai harta wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan.

— MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Lekas la dato2 menteri semua. Kami nk tgk harta2 kamu. Mana taw boleh kami boleh pinjam/sewa/derma/waqaf kalau ada yg berlebihan

Comments are closed.