KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mencadangkan pengenaan levi pelepasan bagi semua penumpang ke luar negara melalui laluan udara bermula 1 Jun 2019.
Cadangan itu bagi menggalakkan pembangunan pelancongan domestik.
Lim Guan Eng berkata, kadar yang dicadangkan adalah melibatkan dua peringkat kategori, iaitu pertama, sebanyak RM20 dikenakan ke atas penumpang ke negara ASEAN dan kedua sebanyak RM40 dikenakan ke atas penumpang ke negara lain.
Kadar yang dicadangkan ini adalah konsisten atau tidak melebihi kadar yang dikenakan oleh negara lain termasuk Thailand AS$20, Hong Kong (AS$15) dan Jepun (AS$10). – MalaysiaGazette