Home Nasional Mat Sabu gembira kebajikan ATM tak diabaikan

Mat Sabu gembira kebajikan ATM tak diabaikan

Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak memperlekeh dan menyebarkan gambar beberapa bekas pemimpin yang kini berdepan pendakwaan di mahkamah dengan menyatakan mereka 'berlakon sakit'.
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Walaupun terdapat pengurangan peruntukan sebanyak 10 peratus berbanding tahun-tahun dahulu untuk Kementerian Pertahanan namun ia diyakini tidak terjejas.

Sebaliknya, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, pihaknya gembira sekurang-kurangnya peruntukan untuk veteran dan tentera telah bertambah RM30 juta.

“Ini menunjukan kerajaan mementingkan dan menghargai jasa oleh anggota kita khasnya veteran. Kebajikan mereka tetap terjaja malah peruntukan telah ditambah berbanding tahun lepas. Ini adalah berita baik.

“Sudah tentu kita terjejas dalam perkara berkaitan dengan aset serta peralatan tetapi tidak apa kerana kita akan rancang dengan baik peruntukan ini. Kita akan merancang bagaimana boleh meletakkan ATM dalam keadaan siap siaga dengan menggunakan peruntukan yang telah diberikan kali ini.

“Saya mohon semua bersabar, seperti yang dijangkakan pemulihan sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya ketika ditemui pemberita di luar lobi Dewan Rakyat selepas pembentangan Belanjawan 2019 hari ini.

Mat Sabu menambah, pengumuman beberapa cukai untuk menambahkan pendapatan negara merupakan rancangan untuk memulihkan ekonomi pada masa-masa akan datang.

“Belanjawan ini juga merupakan satu meransang semula ekonomi negara. Itu yang saya dengar tadi, penyusunan sturuktur cukai semula dan cara-cara percukaian untuk tambah pendapatan,” ujarnya.

Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM13 bilio untuk sektor pertahanan dalam Belanjawan 2019.

Jumlah itu mengalami pengurangan sedikit berbanding Bajet 2018 yang memperuntukkan lebih RM14 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – MalaysiaGazette