Home Politik Rafizi kena serang di Sabah

Rafizi kena serang di Sabah

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa diserang dan dipukul di bahagian kepla oleh seorang lelaki ketika hadir meninjau proses pemilihan parti di Cabang Keningau, Kota Kinabalu, Sabah petang ini.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4 petang dan turut disaksikan oleh orang ramai serta anggota polis yang berkawal.

Rafizi bagaimanapun memaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan video kejadian itu tular di media sosial petang tadi.

Sementara itu, menurut laporan BERNAMA, pusat pengundian fasa pertama di semua 12 cabang PKR Sabah hari ini ditutup pukul 4 petang tadi.

Ketua Koordinator Pemilihan PKR Sabah, Rosli Masaliku berkata proses pengundian di semua cabang berkenaan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

“Sepatutnya pusat pengundian ditutup pada pukul 3 petang tadi namun ada beberapa cabang yang telah memulakan proses pengundian bermula pukul sembilan pagi dan ditutup pukul 4 petang.

“Kini kita sedang melakukan pengiraan undi dan keputusan dapat diperolehi dalam masa satu atau dua jam,” katanya kepada ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata dianggarkan lebih 40 peratus daripada jumlah anggota di 12 cabang berkenaan telah keluar menggundi dan dan jumlah itu sangat menggalakkan.- MalaysiaGazette