Home Dunia Pesawat Lion Air terhempas adalah masalah pada indikator kelajuan

Pesawat Lion Air terhempas adalah masalah pada indikator kelajuan

Tayar pesawat Lion Air antara yang sudah ditemui oleh pasukan penyelamat. fotO Reuters

JAKARTA – Pesawat penumpang yang terhempas di laut Indonesia minggu lalu mempunyai masalah indikator kelajuan udara dalam empat penerbangannya.

Kerosakan pada peranti itu – yang berfungsi memaklumkan berapa kelajuan pesawat berkenaan didedahkan selepas penemuan kotak hitam.

Pesawat Lion Air JT610 itu terhempas di laut sejurus selepas berlepas dari Jakarta, mengorbankan 189 orang penumpang termasuk anak kapal.

Pendedahan yang dibuat pada sidang media semalam menimbulkan kemarahan ahli-ahli keluarga penumpang pesawat itu.

Mereka mahu tahu mengapa pesawat itu dibenarkan terbang jika bermasalah, malah menuntut kelemahan syarikat penerbangan itu tidak ditutup begitu sahaja.

Namun, punca nahas masih belum jelas. – MalaysiaGazette