Home Seni Hidup Masak menu katering penuh kasih sayang

Masak menu katering penuh kasih sayang

TKR Viral Enterprise menyediakan pakej perkahwinan serba lengkap kepada bakal pengantin.

KUALA LUMPUR – Ramai bakal pengantin yang mengimpikan majlis persandingan yang meriah dan nampak gah agar menjadi sebutan tetamu pada hari bersejarah mereka.

Namun kos majlis perkahwinan yang semakin meningkat antara punca generasi muda hari ini mengambil keputusan menangguhkan hasrat murni itu sehinggalah mereka mengambil keputusan berkahwin pada lewat usia.

Bagaimanapun, faktor itu tidak seharusnya menjadi penghalang memandangkan perbelanjaan boleh mengikut bajet sekiranya bakal pengantin bijak merancang dengan menganjurkan majlis secara sederhana.

Ini kerana pemilik katering merangkap perancang perkahwinan, Azauyah Mohd. Ridzuan menyediakan pakej serba lengkap tanpa perlu bakal pengantin pening kepala untuk memikirkan bajet lain.

Beliau yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, TKR Viral Enterprise (TKR) berkata, pakej tersebut meliputi dewan eksklusif, makanan, minuman, khemah, pelamin, dekorasi, baju pengantin, jurumekap, jurugambar, sistem pembesar suara, deejay, kompang dan rawatan kencantikan kepada bakal mempelai.

224B2975
Dewan eksklusif bersama pelamin tersergam indah.

“Selain itu, sebagai pemilik katering, kami paling mengutamakan kualiti sedap untuk semua jenis lauk pauk umpama seperti masak untuk keluarga sendiri.

“Masak dari hati dengan rasa ikhlas dan yakin kerana jika pelanggan dan tetamu sudah merasa menu-menu kami, kami percaya mereka akan kembali mencari untuk tempahan seterusnya dan mula bercakap kepada orang lain.

“Apatah lagi, menu istimewa kami iaitu daging masak hitam dan ayam merah yang sering menjadi sebutan dan pujian ramai selain menu lain yang mendapat komen positif,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman, Azauyah, 39 memberitahu, bisnes katering itu dimulakannya sejak tahun 2003 dengan modal RM200,000.

Jelas beliau, ia merupakan bisnes keluarga dan menjadi satu kerugian jika tidak meneruskan empayar keluarga dalam bidang katering.

“Namun yang paling utama kerana keyakinan dan kebolehan yang paling utama dengan kebolehan dan kepakaran yang ada.

“Menjalankan bisnes ini juga satu kepuasan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata apabila dapat menjayakan majlis orang tanpa ada berlaku kesilapan. Tetapi jika berlaku kesilapan kita perlu belajar daripada pengalaman,” katanya jujur.

224B3210
Azauyah Mohd. Ridzuan.

Mengulas cabaran dalam dunia bisnes katering, Azauyah mengakui terdapat banyak pengusaha katering pada hari ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Bagaimana beliau menganggap sebagai satu persaingan yang sihat dan rezeki adalah ketentuan Allah swt.

Katanya sebagai usahawan, beliau sentiasa mahu memberikan yang terbaik dengan menawarkan harga dan kualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Tegasnya, yang penting jangan menipu pelanggan sebab berniaga adalah mengikut sunnah untuk meraih kepercayaan orang lain.

“Sebenarnya bidang katering adalah satu perniagaan yg paling mencabar dari segi mental dan fizikal terutama ketika ini ramai pengusaha melihat  bidang katering atas mampu menjana pendapatan yang lumayan.

224B2971
Pelbagai pilihan baju pengantin disediakan.

“Tetapi jika tersilap langkah, pengusaha katering tersebut akan jatuh dan tidak dapat meneruskan bidang tersebut. Jadi adalah lebih baik jika mereka menghadiri kursus bagi mendalami tentang masakan, menu, hiasan dan cara baharu mengembangkan perniagaan.

“Para pengusaha perlu bijak menentukan ilmu yang diperolehi untuk menambah nilai bisnes mereka,” katanya.

Ditanya perancangan tahun 2019, Azauyah menyasarkan nilai jualan pakejnya mampu mencecah RM2.7 juta sepanjang tahun 2019 dan ketika ini, katanya nilai jualan adalah RM230,000 sebulan.

“Sasaran itu mampu dicapai dengan memberikan perkhidmatan terbaik dan menu yang lazat selain menawarkan kepakaran pakej lengkap dengan mempromosikan di media cetak dan sosial secara agresif,” katanya.

Pada masa sama, turut disediakan pakej bagi mengadakan sambut majlis hari jadi, majlis keraian dan seminar pada harga bermula RM3,000 sahaja.

Orang ramai yang berminat mengetahui pakej-pakej TKR, boleh menghubungi talian 018-219 2113. – MalaysiaGazette

224B2976
Dewan TKR terletak di Bukit Raja, Klang Selangor.