Home Nasional Shahidan Kassim perlu hadir ke mahkamah Isnin ini

Shahidan Kassim perlu hadir ke mahkamah Isnin ini

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga anggota Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim perlu hadir di Mahkamah Sesyen Kangar Isnin ini untuk menghadapi pertuduhan bersabit kes mencabul seorang gadis bawah umur, baru-baru ini.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga anggota Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim perlu hadir di Mahkamah Sesyen Kangar Isnin ini untuk menghadapi pertuduhan bersabit kes mencabul seorang gadis bawah umur, baru-baru ini.

KANGAR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga anggota Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim perlu hadir di Mahkamah Sesyen Kangar Isnin ini untuk menghadapi pertuduhan bersabit kes mencabul seorang gadis bawah umur, baru-baru ini.

Peguambela yang mewakili Shahidan, ?Zuhair Ahmad Zakuan berkata keputusan itu bermakna waran tangkap yang dikeluarkan terhadap bekas menteri itu hari ini tidak ditarik balik.

“Kami membuat permohonan kepada Ketua Pendakwa Raya Perlis Mohd Nordin Ismail yang mengedalikan kes itu tetapi beliau menolaknya. Ini bermakna Shahidan perlu hadir untuk mendengar pertuduhan terhadapnya Isnin ini,” kata Zuhari Ahmad kepada pemberita di luar Mahkamah Sesyen, tengahari ini.

Menurut Zuhair Ahmad, keputusan tidak menarik balik waran itu dimaklumkan oleh Ketua Pendakwa Raya Perlis, Mohd Nordin Ismail kepada Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farhan Aliff Ahmad yang kemudiannya memaklumkan kepada beliau.

Zuhair Ahmad dibantu oleh Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiah Ramli.

Sebelum itu, Hakim Mahkamah Sesyen tersebut Johari Hassan mengeluarkan waran tangkap yang dimohon oleh Mohd Nordin terhadap Shahidan kerana gagal hadir untuk menghadapi pertuduhan hari ini dipercayai mengenai kes mencabul.

Syed Muhamad Anwar membantah pengeluaran waran tangkap tersebut kerana anak guamnya dan beliau sendiri tidak dimaklumkan mengenai pertuduhan itu lebih awal dan hanya mendapat tahu mengenainya di mahkamah pagi ini.

Bernama difahamkan Shahidan telah sampai ke Malaysia hari ini selepas mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Mekah.

Baru-baru ini tular dakwaan Shahidan mencabul seorang gadis berusia 15 tahun 11 bulan yang merupakan anggota kumpulan buskers yang ditaja oleh beliau.

Shahidan bagaimanapun menafikan tuduhan yang didakwa berlaku pada 21 Okt lepas, malah laporan polis terhadapnya oleh remaja itu telah ditarik balik.

Bapa remaja itu turut menyatakan bahawa perkara itu telah diselesaikan secara baik dan keluarga mereka anggap tidak ada apa yang perlu dihebohkan.

— BERNAMA

Mahkamah keluar waran tangkap Shahidan Kassim

Berhenti sensasi kes cabul gadis – Shahidan