Home Utama Maszlee mahu baucar buku diteruskan

Maszlee mahu baucar buku diteruskan

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berucap pada Majlis Pelancaran Program Keselamatan Kanak Kanak Sahabat Bijak Selamat dan Lindung sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2018 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 OKTOBER 2018.
Dr. Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan Kementerian Pendidikan supaya bantuan baucar buku kepada mahasiswa diteruskan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, cadangan itu telah dibawa dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Malah, katanya, Tun Dr Mahathir Mohamad juga berpandangan bantuan seumpama itu perlu diteruskan.

Menurut Maszlee, Kementerian Kewangan setuju untuk mempertimbangkan perkara itu bagi mengurangkan beban kewangan penuntut institusi pengajian tinggi.

Menurut Maszlee lagi, cadangan itu disyorkan selari dengan janjinya sebelum ini untuk memastikan kebajikan mahasiswa dijaga.

“Skim baucar buku salah satu perjuangan saya buat mahasiswa,” ujarnya. – MalaysiaGazette