Home Dunia Kebakaran di California semakin merebak

Kebakaran di California semakin merebak

Asap tebal menyelubungi Malibu Creek State Park. foto Agensi

CALIFORNIA – Pasukan bomba California berdepan dengan tugas mencabar ekoran angin kuat yang menyebabkan kebakaran besar yang sedang melanda beberapa kawasan semakin merebak.

Lantaran itu, bomba meminta penduduk yang berpotensi terjejas di kawasan utara dan selatan California meninggalkan kediaman masing-masing.

Sementara itu, usaha mengesan 23 mayat yang dipercayai terkorban dalam kebakaran di bandar Paradise sedang dijalankan.

Sebanyak dua lagi terbunuh di Malibu.

Sehingga kini dianggarkan seramai 250,000 orang diarah berpindah dari penempatan masing-masing selepas tiga kebakaran besar berlaku di negeri tersebut.

Setakat tahun ini, kawasan lebih besar dari Belgium dan Luxemborg telah terbakar.

Gabenor California, Jerry Brown telah meminta Presiden Donald Trump untuk mengisytiharkan bencana bagi mendapatkan maklum balas kecemasan dan usaha-usaha pemulihan.

Kebakaran itu digelar Camp Fire merebak melalui Butte County pada hari Khamis lalu sehingga memusnahkan bandar Paradise.

Kebakaran lain pula merebak di resort pantai dekat Malibu pada hari Jumaat dan api semakin marak pada Sabtu lalu. – MalaysiaGazette