Home Ekonomi Harga minyak naik semula

Harga minyak naik semula

SINGAPURA – Harga minyak dunia naik kira-kira 1 peratus pada hari ini selepas Arab Saudi mengumumkan pengurangan bekalan pada bulan Disember bagi menangani penyusutan pasaran yang merosot sebanyak 20 peratus sejak awal Oktober lalu.

Penanda aras antarabangsa, Brent naik didagangkan pada harga AS$71.11 setong, naik AS$0.93 daripada harga penutup.

Manakala West Texas Intermediate pula naik sebanyak 0.9 peratus kepada AS$60.73 setong.

Arab Saudi merancang untuk mengurangkan bekalan minyak dalam pasaran dunia sebanyak 0.5 juta tong sehari pada bulan depan, kata Menteri Minyak, Khalid al-Falih selepas OPEC berdepan dengan prospek yang tidak menentu.

Khalid berkata, jumlah langganan minyak menyak Saudi Aramco susut sebanyak 500,000 tong pada bulan Disember berbanding bulan November disebabkan musim permintaan yang berkurangan.

Penurunan itu mewaklili kira-kira 0.5 peratus daripada penyusutan bekalan minyak global.

Pengumuman tersebut dibuat selepas harga minyak mentah menjunam sekitar 20 peratus sebulan ekoran peningkatan bekalan khususnya dari Amerika Syarikat, Rusia dan Amerika Syarikat.

Namun yang menjadi kebimbangan besar bagi Arab Saudi dan pengeluar-pengeluar tradisional yang lain dari Asia Barat adalah peningkatan pengeluaran oleh Amerika Syarikat.

Firma tenaga Amerika Syarikat telah menambah 12 medan penggerudian minyak pada minggu lalu berakhir pada 9 November bagi rizab baharu – menjadikan jumlah sebanyak 886 – angka tertinggi sejak bulan Mac 2015.

Jumlah medan penggerudian adalah penunjuk pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat – yang sudah pun merekodkan sebanyak 11.6 juta tong sehari. – MalaysiaGazette