KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat e-dompet, Boost membuka jalan ke arah membudayakan pembayaran tiket tanpa wang tunai kepada pengguna pengangkutan awam di negara ini.
Berinteraksi dengan KLIA Express, KTM, CatchThatBus, Ezcab dan Citycarpark, Boost membantu sistem pengangkutan awam lebih mudah, selamat dan mudah diuruskan dari satu e-dompet.
Kerjasama itu bertujuan untuk mengubah era digitalisasi industri pengangkutan awam serta tempat letak kereta untuk memperluaskan lagi ekosistem tanpa tunai di negara ini.
“Integrasi antara rakan-rakan ini membolehkan Boost menjadi satu titik permulaan untuk pelanggan merancang semua perjalanan domestik dan tempat letak kereta di jalan mudah dan selamat guna e-dompet mereka.
“Bersama dengan rakan-rakan strategik, kami berharap evolusi ini mendapat sambutan kepada pengguna pengangkutan awam di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Christopher Tiffin.
Menurutnya, ia mula digunapakai secara rasmi pada Januari 2017 sebagai platform yang mendigitalkan salah satu perkhidmatan teras telekomunikasi dengan cara pengguna prabayar meningkatkan kredit mudah alih mereka.
“Kami meningkatkan usaha ini bagi membolehkan pengguna membayar melalui telefon bimbit mereka tanpa masalah menggunakan tunai atau kad fizikal. Lebih 3.2 juta pengguna Boost kini boleh membayar di lebih daripada 50,000 titik sentuhan di seluruh negara.
“Kini semua orang di Malaysia kini dapat melakukan perjalanan tanpa tunai dengan hanya beberapa langkah mudah. ia sesuai diaplikasi memandangkan kini sudah menghampiri musim cuti sekolah dan ramai menggunakan pengangkutan awam dan tidak perlu berbaris panjang di kaunter tiket,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), Noormah Mohd Noor pula berkata, pelanggan hari ini mengharapkan lebih banyak pilihan produk dan penyelesaian pembayaran inovatif.
“Perkongsian kami dengan Boost adalah selaras dengan misi kami untuk menyediakan sistem pembayaran yang lebih lancar dan selamat seterusnya memantapkan pengalaman pelanggan,” katanya.
KLIA Ekspres menggunakan Boost di kaunter tiket, online dan juga melalui aplikasi Boost, melalui perkongsian yang sama.
Pengguna kini boleh membayar tempat letak kereta di jalan raya yang dikendalikan oleh syarikat berkenaan dan melanjutkan tempoh letak kereta menggunakan sistem aplikasi.
“Pengguna boleh membayar tiket kereta api KTM dari laman web KTM menggunakan laman web Boom e-wallet Purchase F & B dari Brahims di KTM (ETS) bayar untuk perjalanan e-hailing di EzCab dengan aplikasi Boost,” katanya.- MalaysiaGazette