Home Sukan FA England hadkan lambakan pemain asing

FA England hadkan lambakan pemain asing

LONDON-Persatuan Bola Sepak England (FA) sedang merancang untuk mengurangkan bilangan pemain luar negara dalam skuad Liga Perdana Inggeris (EPL).

Usaha itu sebagai meningkatkan penyertaan jumlah pemain tempatan dalam liga England.

FA England mahu mengurangkan pengrekrutan pemain asing oleh setiap kelab daripada 17 orang kepada 12 selepas ini.

Cadangan yang dijangka dikemukakan dalam minggu ini bakal membawa perubahan ketara kepada beberapa kelab yang memiliki lambakan pemain asing.

Bagaimanapun FA tidak mahu mengulas lebih lanjut berhubung cadangan menghadkan pemain luar negara dalam EPL apabila dihubungi Reuters.

Setakat ini terdapat 13  kelab EPL mempunyai lebih daripada 12 pemain luar negara dalam skuad kesebelasahan mereka musim ini.

FA akan kembali bersetuju untuk memberikan sokongan badan pentadbiran itu untuk mengendorskan pemain elit Kawasan Ekonomi bukan Eropah.

Ia adalah cara bagi membantu perkembangan bola sepak di England menerusi permit kerja untuk setiap pemain asing yang mendapat kontrak dengan kelab EPL.

Sekiranya mana mana kelab EPL gagal mencapai persetujuan dengan FA dalam isu Brexit, mereka boleh menghadapi senario “tidak berurusan” yang mana semua pemain Kesatuan Eropah (EU) perlu memenuhi kriteria yang sama dilakukan oleh pemain bukan Eropah sekarang untuk mendapatkan permit kerja.

Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata, masih banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan Kesatuan Eropah dalam soal Brexit ketika kedua-dua pihak menghampiri end game dalam rundingan untuk berundur dari blok itu. – MalaysiaGazette