KUALA LUMPUR – Syarikat yang mencipta aplikasi ‘Prey Anti-Theft’ berpangkalan di Amerika Syarikat hari ini menafikan tuduhan bahawa ia bertujuan sabotaj undi seperti yang didakwa minggu lalu.
Sebaliknya Prey Inc menerusi kenyataan menegaskan perisian tersebut merupakan malware dan spyware untuk melindungi peranti.
Jelasnya ‘Prey Anti-Theft’ tidak dapat menggodam proses pengundian tertentu.
Ia juga menolak dakwaan aplikasi itu digunakan untuk memadamkan data dari tablet, mengatakan ciri “Wipe Remote” hanya mampu membersihkan kad SD atau memformat peranti Android sepenuhnya.
“Ia tidak boleh menyasarkan fail khusus atau mengubah kata laluan,” katanya kenyataan itu lagi.
Prey juga menafikan dakwaan aplikasi itu boleh digunakan untuk memadam aplikasi e-undi dalam tablet, mencuri data dan mengawal tablet dari jarak jauh.
“Prey Inc mengesahkan perisiannya tidak dapat melakukan aktiviti tersebut, kerana aplikasi itu sendiri tidak memiliki ciri ‘Remote Desktop’, dan tidak ada kemampuan ‘remote control’ yang membolehkannya memadam aplikasi tertentu atau kemampuan untuk menulis atau memadam data dalam peranti,” kata syarikat itu.
Syarikat itu bagaimanapun berkata ia tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menuduh aplikasi Prey menjadi penggodam, mengatakan ia percaya dakwaan itu disebabkan salah faham mengenai perisian tersebut.-MalaysiaGazette