Home Politik Jangan ketawakan Najib

Jangan ketawakan Najib

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub
Datuk Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR – “Saya harap apa yang berlaku pada Najib jangan kita ketawakan…ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja.”

Itu nasihat Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Salahuddin Ayub merujuk apa yang dilalui oleh bekas Perdana Menteri itu selepas Barisan Nasional (BN) kalah dalam PRU-14 lalu.

“Selagi saya pegang amanah, bukan saya tapi rakyat akan nilai saya,” ujar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu dalam program Bicara Minda bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Karangkraf, Shah Alam hari ini.

Selepas kalah dalam PRU-14, Najib kini berhadapan dengan pelbagai tuduhan dan terpaksa berurusan dengan mahkamah.- MalaysiaGazette