Home Seni Hidup Festival Ukelele KL tampil bakat muda

Festival Ukelele KL tampil bakat muda

Maisarah Ukelele

KUALA LUMPUR – Persatuan Ukulele KL dan Selangor dengan kerjasama dari pelbagai pihak akan menganjurkan Festival Ukulele Kuala Lumpur.

Festival itu merupakan penganjuran kali pertama diadakan di Tingkat 5, Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur bagi tujuan penguasaan, pengenalan
dan pendidikan mengenai alat ukulele untuk warga kota khususnya.

“Festival yang sama juga bagi mengeratkan dan mempromosi alat muzik ukulele di Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

MUG
Kumpulan MUG

Festival yang akan berlangsung selama dua hari pada 17 dan 18 November itu melibatkan pelbagai aktiviti seperti bengkel ukulele yang akan membawakan empat pengajar profesional.

Keempat-empat tenaga pengajar itu adalah David Chen, GJ Lee dari Taiwan, William Kok dari Malaysia dan PaoGumba dari Filipina.

Bengkel itu diadakan secara terbuka kepada anak-anak muda yang ingin belajar dan menguasai alat-alat muzik berkenaan.

Gold Group danny Lam
Kumpulan Gold Group Danny Lam

Persatuan Ukulele KL dan Selangor mendapati negara kita mempunyai ramai bakat di dalam alat muzik ukulele ini, dari penyanyi dan juga ahli muzik.

“Sayang sekali mereka tidak dapat mengembangkan bakat dan menonjolkan diri mereka sama ada diberi peluang dari mana-mana pihak atau beraksi di mana-mana platform hiburan yang sedia ada,” kata kenyataan yang sama.

Lyn Xuan &Shen Ny from Kelly
Lyn Xuan dan Shen Ny.

Justeru, Persatuan Ukulele akan mengadakan Konsert pada 18hb. November 2018 ini dengan menyaksikan pelbagai ahli muzik ukulele dari usia muda sehingga penyanyi profesional.

happy music (2)
Happy Music

Di antaranya adalah kumpulan-kumpulan dari sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur dan ada juga dari sekolah luar bandar dan antaranya adalah Bukit Mahkota Ukulele, SK Bukit Mahkota, Johor, Valentia Band dari Sitiawan, Perak, Ukekids SKBD, Sekolah Bukit
Damansara, Angel, Angel X Rocksta’ (The little Band with A Big Sound), Doreen and Momo (Domomo), Irving Leong Kean Wei, Lyn Xuan & Shen Ny, kumpulan ibu-ibu sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang bermain ukulele di Bluetone Music Center, Bluesky, Alyssa Dezek (Penyanyi) dan Yus Zainal (penyanyi).

Maisarah Ukelele yang merupakan artis muda terkenal kerana bakatnya mencipta lagu pada usia yang muda juga terlibat dalam persembahan yang sama.- MalaysiaGazette