Home Nasional Rosmah, Rizal, Tengku Adnan dijangka ke SPRM tengahari ini

Rosmah, Rizal, Tengku Adnan dijangka ke SPRM tengahari ini

Sebahagian para media menunggu ketibaan isteri Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi memberi keterangan berhubung dakwaaan penyelewengan kerajaan dahulu di perkarangan Sururanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 14 NOVEMBER 2018.

PUTRAJAYA – Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor dijangka hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tengahari ini.

Turut dijangka hadir bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ketiga-tiga mereka ditetapkan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang itu untuk diambil keterangan pukul 12 tengahari.

Rosmah dan Rizal disiasat ekoran didakwa terlibat dengan enam pertuduhan membabitkan projek hibrid solar RM1.25 juta di kawasan pedalaman Sarawak.

Manakala, Tengku Adnan pula disiasat berhubung skandal penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah paras harga pasaran.

Media yang membuat liputan telah berkumpul di perkarangan SPRM sejak pukul 8.15 pagi tadi dan kemudian dimaklumkan mengenai perkembangan berkenaan oleh pegawai perhubungan awam SPRM jam 9 pagi mengenai kehadiran ketiga-tiga individu berkenaan.

SPRM baru-baru ini dilapor menyatakan Rosmah dan Rizal terlibat dalam rundingan projek hibrid yang mencetuskan kontroversi dan perkara itu didedahkan oleh portal Sarawak Report pada Jun lalu.

Menerusi laporan itu Sarawak Report mendakwa kontrak tersebut diberikan kepada syarikat yang berpangkalan di Bintulu, Jepak Holdings Sdn Bhd.

Jepak Holdings adalah syarikat perkhidmatan pengangkutan yang didakwa mendapat kontrak itu atas arahan Najib. – MalaysiaGazette