Home Ekonomi Ringgit tinggi pada sesi pagi

Ringgit tinggi pada sesi pagi

Ringgit gagal mengekalkan kenaikannya semalam apabila dibuka rendah pagi ini berbanding dolar AS apabila para pelabur beralih kembali kepada aset lebih berisiko, kata para peniaga.

KUALA LUMPUR – Ringgit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat pagi ini memandangkan kebanyakan peniaga mengambil keputusan membuat keuntungan daripada dolar.

Pada 9.06 pagi, ringgit adalah 4.1930/1970 berbanding dolar US daripada 4.1945/1975 pada penutup semalam.

Seorang peniaga berkata, kelemahan dolar US adalah sementara dan ia dijangka lebih tinggi, terutama dengan kenaikan harga pengguna Amerika Syarikat, mengarah kepada peningkatan inflasi yang kukuh, berkemungkinan menyebabkan Rizab Persekutuan pada landasannya untuk menaikkan kadar faedah lagi bulan depan.

“Kadar faedah yang tinggi di AS tidak bagus untuk ringgit,” tambahnya

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang utama

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0437/0477 daripada 3.0349/0377 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6900/6949 daripada 3.6826/6859.

ia juga lemah berbanding pound British kepada 5.4463/4519 daripada 5.4386/4433 dan rendah berbanding euro pada 4.7465/7514 daripada 4.7264/7314. – MalaysiaGazette

+ posts