Home Ekonomi Tiga lantikan baharu dalam Lembaga Pengarah Felcra

Tiga lantikan baharu dalam Lembaga Pengarah Felcra

Felcra

KUALA LUMPUR – Felcra Berhad hari ini mengumumkan pelantikan tiga ahli Lembaga Pengarah baharu.

Mereka ialah Datuk Maznah Abdul Jalil, Dr Suzana Idayu Wati Osman dan Mohd Salem Kailany.

Pengerusi Felcra, Datuk Nageeb Wahab berkata, pelantikan mereka yang terlibat akan memacu pertumbuhan organisasi berkenaan.

Maznah merupakan Pengerusi SCS Global Advisory (M) Sdn Bhd – juga merupakan ahli lembaga OPUS Asset Management Sdn Bhd dan Prestariang Bhd.

Manakala Suzana adalah Ketua Pegawai Pelaburan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso dan Mohd Salem pula Ketua Pegawai Eksekutif PNB Development Sdn Bhd. – MalaysiaGazette