TERKINI : Pakatan Harapan Perkenal Matawang Kripto? – KJ

Cadangan untuk melancarkan Tawaran Syiling Permulaan (ICO) dan menerbitkan Harapan Coin sebagai mata wang kripto kebangsaan adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh kerajaan.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penggunaan atau pelaburan mata wang kripto masih tidak diiktiraf dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan seterusnya memberi risiko tinggi kepada pelabur.

“Harapan Coin mungkin boleh jadi bahan spekulasi dan memberi kesan buruk kepada pelabur-pelabur tambahan pula matawang kripto di negara ini tidak mempunyai kawal selia sedangkan semua pelaburan kewangan perlu dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.